Q&A
Home Up Q&A Petua

Q&A2 Q&A3

Bahagian Question dan Answer ini telah dibuat oleh pemilik KebunMalaysia. Q&A ini telah dikompil oleh beliau hasil dari perbincangan setiap ahli KebunMalaysia. Semua hasil dari kerjatangan beliau ini dapatlah sekiranya dimanafaatkan oleh pengunjung laman KebunMalaysia.

Q : Camana nak buat batas?
A : Saya ada baca caranya, simple aje. Tak payah penat-penat menggali/cangkul tanah. Atas rumput pun boleh sediakan batas dengan mudah. Jadi kalau kawasan rumah kita berbatu pun tak ada masalah. Saya dah cuba buat di hadapan rumah bagi menanam pokok bunga matahari, jadi juga. Beginilah caranya...

  1. Sediakan kayu untuk pagar sekeliling batas.
  2. Sediakan suratkhabar untuk mengalas tapak batas anda. Alaskan serata tapak batas tadi. Biar tebal sedikit agar rumput di bawah suratkhabar tu tidak mendapat cahaya matahari dan mati.
  3. Atas suratkhabar isikan tanah (boleh ambil dari kawasan lain or beli aje kat nursery)
  4. Letakkan baja asli -ayam, lembu dan kambing atau kompos
  5. Gaul tanah dan baja rata
  6. Siram hingga tanah basah
  7. Tinggalkan 2 hari -- siramlah sehari sekali
  8. Siap untuk ditanam Senangkan...

(fakeh2000@yahoo.com)

Q : Kat mana boleh saya beli rumput?
A : boleh dapatkan rumput tersebut di kawasan Sg. Buluh iaitu berdekatan dengan RRI. Harga lebih kurang RM4.00 sepetak ( 1 kaki persegi). epas tu bolehlah pecah-pecahkan.
(roziah@melcom.panasonic.com.my)

Q : Macamana nak tanam rumput?
A : Masa saya tinggal di KL dulu, pada mulanya suami saya tanam rumput "cow grass" dari benih... tapi susah nak maintain sebab cepat sangat panjang. Jadi, kami terus
cangkul semua rumput tu (senanglah sebab laman hanya sekangkang kera!). Lepas tu kami campurkan tanah tu dengan sedikit pasir, dan "tanamsemula" dengan carpet grass yang dibeli di Sg Buluh (dalam RM4kps)... Rumput tu dipotong jadi pieces
sebesar tapak tanagn dan ditanam dalam jarak 1 kaki from each other... Dlam masa 2-3 bulan memang naik dengan cantik dan tebal... Tapi menurut kawan saya, kalau nak rumput tu tumbuh sekata, tanam menggunakan sulur yang panjang-panjang tu...
(noons_aa@hotmail.com)

Q : Bagaimana cara untuk menghapuskan rumput2 selain daripada menggunakan racun?
A :Curahkan air mendidih ke atas rumput.. boleh juga gunakan cara ini untuk memulihkan kembali tanah yang ada perosak..
contohnya ulat, anai2, bakteria.
(sorangdiri@yahoo.com)

A : Dari seorang pakar gardening yang saya tonton di TV: Tutup tanah dengan lapisan tebal suratkhabar untuk menghalang cahaya matahari masuk. Tindih dengan bahan berat dan biarkan beberapa lama (dah lupa berapa lama).Selepas itu, angkat suratkhabar dan siram lagi tanah tu untuk pastikan benih rumput yang masih ada dalam tanah tumbuh semula. Buat beberapa kali dan akhirnya tanah itu akan bebas rumput. Sesiapa yang ada tanah bolehlah cuba.
mysmallgarden@yahoo.ca

Q : Apa kesannya kalau terlebih baja?
A : Baja menyebabkan pokok panas,layu dan akhirnya mati.. kalau dah terletak lebih tu.. siram pokok selalu untuk menyelamatkan pokok.
(sorangdiri@yahoo.com)

Q : Apakah alternatif selain baja? siram lah pokok selalu dengan air beras dan air basuhan ikan.. macam baja jugak.. cuma kekurangan cara ini ianya boleh mengundang semut dan lalat.. setau saya.. pokok bunga akan cantik bile cukup air, di bubuh baja dan tanah selalu digembur2kan..
(sorangdiri@yahoo.com)

Q : Pokok cili saya banyak semut lah..
A : Pokok cili memang jadik kegemaran semut..apa yang saya buat ialah saya bubuh ubat semut..alhamdulillah ok lah setakat ni...bubuh sikit je...tu pun kat tepi-tepi...jangan sampai terkena pokok tu..tak tau lah apa jadik...paling-paling tak...mati.... pasal ubat semut tu kan...saya tak tau cap apa yang saya beli tu...tapi seingat saya dia jenis serbuk... peket kecik-kecik...saya beli kat kedai jual pokok (nursery).
(mak_ayza@yahoo.com)

Halaman Web ini telah dikemaskini pada 20-Oct-01 05:47:39 AM
Hakcipta terpelihara  © 2001 KebunMalaysia Groups
Segala bahan yang ingin dicetak atau disiarkan ditempatkan lain
Diharapkan dapat memaklumkan kepada kebunmalaysia@yahoo.com