Q&A2
Home Up Q&A2 Q&A3

Q : Camana nak tanam tomato secara hidroponik?
A : pokok tomato hidroponik, tak ada sokongan akar dalam tanah macam tomato biasa. Saya tak pernah mencuba hidroponik, tapi pernah melawat rumah kaca di
UPM. Saya lihat pokok-pokok tomato semuanya disediakan pancang (kayu) setinggi beberapa kaki, dan pokok-pokok tomato tu diikat dibeberapa bahagian batangnya ke pancang tersebut.
mysmallgarden@yahoo.ca

Q : Kat mana boleh saya dapatkan tomato ehsan UKM?
A: tomato ehsan UKM boleh didapati dengan harga RM 1 untuk sepokok di Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, UKM Bangi atau email kepada Dr. Ahmed Mahir Mokhtar di amahir@pkrisc.cc.ukm.my
untuk mendapat keterangan lanjut.
fakeh2000@yahoo.com

Q:.kenapa nama tomato kat UKM tu tomato ehsan?
A: Inimengambil sempena nama Selangor Darul Ehsan. Tomato ni ada 2 versi. Tomato ehsan1 rapuh dan tomato ehsan2 manis rasanya.
fakeh2000@yahoo.com

Q : apa lagi pokok yang ada kat kat ukm tu?
A :Setakat ni yang saya tahu cili bangi dan tomato ehsan. Dengar cerita jabatan tersebut sedang membuat kajian tentang cili ungu. Hubungilah Dr. Ahmed Mahir Mokhtar di amm@ukm.my untuk maklumat lanjut.
fakeh2000@yahoo.com

Q : cili bangi ade tak? boleh beritahu saya keistimewaan cili bangi?
A :Cili bangi pun ada dua variety. Satu jenis yang boleh kering di tangkai dan satu lagi yang lebat buahnya dan masak serata.
fakeh2000@yahoo.com

Q : Kenapa pokok kunyit saya kurus dan tak sihat? pasal kunyit ni saya ada dengar di tv1 hari selasa jam 9.30 pg ada satu penyarah dari UPM selalu beri panduan hal gardening ni,dia kata kunyit perlu batas dan di selalu di gembur kan.baja perlu juga juga tapi kalau kita siram dengan air basuh ikan tu lebih baik. sekian. az_iz82@Hotmail.com

Q :Kenapa serai yang ditanam susah nak hidup?
A : Serai mungkin susah nak hidup kerana diserang siput.. anak2 siput (seperti
cacing) merosakkan akar serai.. untuk mengatasinya tabur kawasan yang ingin ditanam serai dengan garam.. biarkan beberapa hari.. garam ini juga akan mematikan rumput2 yang ada.. apabila anda lihat rumput2 sudah mula tumbuh semula, bolehlah anda menanam serai.. ataupun tabur saja racun siput yang boleh dibeli di nursery.
(sorangdiri@yahoo.com)

Q : Camana nak jaga anak pokok limau?
A : selalunya pokok limau esp yang masih kecil perlu dijaga daripada beluncas rama2.. sekali depa ni serang.. satu hari pon boleh habis daun2 limau nie.. lepas tu bantutlah jadinya pokok tu.. so hari2 kena check daun2 pokok ni.. beluncas ni kecil je.. so kene tengok betul2..kalau ade terus buang beluncas tu or sembur beluncas dengan racun.. saya rasa kulat pon buleh hilang kalau disembur racun.. racun yang sesuai boleh dibeli kat nursery..
(sorangdiri@yahoo.com)

 

Halaman Web ini telah dikemaskini pada 20-Oct-01 05:47:39 AM
Hakcipta terpelihara  © 2001 KebunMalaysia Groups
Segala bahan yang ingin dicetak atau disiarkan ditempatkan lain
Diharapkan dapat memaklumkan kepada kebunmalaysia@yahoo.com