Q&A3
Home Up Q&A2 Q&A3

Q : Limau purut ada berapa jenis?
A: pokok limau purut ni ade 2 jenis.. saya panggil satu tu limau purut kampung.. satu tu bandar.. yang bandar ni buah die besar2 berbanding yang kampung tapi daunnya kurang wangi..yang saya tanam tu pokok kampung. kalau tanam kat tanah.. pokoknya boleh jadi besar berbanding tanam kat pasu.. kalau ada pokok besar tu.. kalau angin bertiup.. kekadang sampai terbau wanginya limau purut ni.. nyamuk pun kurang..
Q : Kenapa pokok limau lambat sangat berbuah?
A : Pokok limau yang disemai dari biji benih memang lambat berbuah berbanding jika ditanam melalui tut.. sebenarnya saya pun tak berapa yakin pokok2 limau saya (purut, kasturi dan nipis) akan berbuah sebab saya tanam dalam pasu.. tapi saya tak kisah.. pokok2 ni kecik lagi.. ada kawan saya pernah cakap kat kampung die ade tanam pokok2 limau ni.. bapak die selalu letak baja buah.. boleh pulak berbuah walaupun pokoknya kecik.. ni saya pon selalu letak baja buah..mudah2an cepatlah berbuah hendaknya..
sorangdiri@yahoo.com

Q : Dimana boleh saya dapatkan perkakasan hidroponik?
A : pasal pokok hidroponik tu saya tak tau lah kat mana boleh jumpa...tapi cuba-cubalah tengok kat nursery atau kat supermarket yang besar-besar tu..kalau kat tempat saya ni..rasanya pasaraya carrefour ada jual...tapi saya dengar pokok hidroponik ni tak berapa elok sebab dia cuma bergantung pada baja kimia dan air je...langsung tak ada bahan organik yang semulajadi...maksudnya tanah langsung tak digunakan...lagipun cuba awak tengok pokok-pokok hidroponik...semuanya
gemuk-gemuk belaka..dan tak ada pun yang kena makan ulat...orang kata sebab baja kimia banyak sangat digunakan....wallahu'alam betul ke tidak fakta tu saya tak dapat pastikan. mak_ayza@yahoo.com

Q : Tolong bagi saya panduan cara memilih sayur-sayuran
A : 1. Pilih sayur yang segar dan cerah warnanya 2. Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya, magang dan keras 3. Sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut pada kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air. 4. Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup apabila dipatahkan 5. Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila di tekan dan kelihatan banyak mengandungi air 6. Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah, segar dan kelihatan banyak
mengandungi air.
clique1@tm.net.my

Q : bagilah saya tips untuk tanam pokok bunga ros..
A: Actually kalau nak tanam pokok bunga ros ni cerewet sikit. Yang pertama kalau beli dari nursery yang dah berbunga dan banyak putik putik bunga lagilah susah kerana biasanya pokok bungan ros yang 'ready made' kat nursery tu datangnya dari highland..suhu kat sana sejuk..bila terus kita bawa balik ke rumah dan letak kat panas alamat tak lama lah lepas tu sure mati kerena perubahan cuaca yang mendadak..so langkah yang terbaik kalau beli pokok bunga ros dari nursery mesti letak kat tempat teduh dulu..expose kepada cahaya matahari sedikit demi sedikit..insyallah dalam masa 3 minggu ke satu bulan baru boleh terima dalam 70%
cahaya matahari..lepas tu kalau kita repotting ke dalam pasu lain mesti guna tanah baik ( note: untuk pokok bunga dalam pasu sebaik baiknya guna tanah baik ada dijual di nursery)jangan guna tanah merah campur tanah hitam kecuali untuk pokok pokok yang berbatang keras seperti kenanga, bunga kertas, bunga raya, palm. kerana campuran tanah merah dan tanah hitam akan mengeras selepas beberapa bulan..jadi draining sistem tak berapa baik..akar tak berkembang dan juga air tak mengalir dengan baik dan akar pokok biasanya reput.So bunga ros semakin kecil tu maknaya akar tak boleh berkembang dengan baik dan pokok terbantut lah. Kedua..lepas musim pertama bunga ros berbuga dan layu untuk dapat musim kedua yang bunga banyak..tangkai bunga yang layu mesti dipotong menyerong supaya tunas baru akan muncul dan diikuti oleh putik putik bunga baru..so lagi bayak tunas baru lagi lebat bunga nanti. Seelok eloknya gunakan baja organik , baja campuran organik, baja tahi ayam atau tahi kambing kerana baja organik natural pada tanah tidak panas pada batang dan akar pokok. Baja yang warna merah hijau biru yang selalu kita tengok kat nursery tu baja kimia dan baja kimia biasanya panas kalau nak guna juga pastikan sukatannya betul ( ni yang kita selalu silap) kalau tidak nanti pokok mati.
anitadesa@hotmail.com

Q : Apa dia nenas hutan?
A : nenas yang buahnya kecil, warna kuning air.
mak_ayza@yahoo.com

Q : Macamana nak tanam pokok salad air?
A : ada yang kata pokok kiambang...dah tentulah tak boleh dimakan..cuma sebagai hiasan jek...tak payah tanam pun....isi pasu dengan air (pasu tu mesti yang tak berlubanglah) bubuh je pokok tu atas air...dia terapung je atas air tu..cantik..saya suka tengok dan saya jugak bubuh ikan karim (lawan) dalam pasu yang sama... mak_ayza@yahoo.com

 

Halaman Web ini telah dikemaskini pada 20-Oct-01 05:47:39 AM
Hakcipta terpelihara  © 2001 KebunMalaysia Groups
Segala bahan yang ingin dicetak atau disiarkan ditempatkan lain
Diharapkan dapat memaklumkan kepada kebunmalaysia@yahoo.com